Friday, March 27, 2015

Hujan Sepi




Hujan terus hujan
Mendengar sayu sepinya hati
Menanti kembalinya irama hati
Pengubat mimpi jiwa terisi

Sudah puas sudah
Diri dinanti oh tidak kembali
Terus mendoakannya agar dia tetap ingati
Di sini aku kau menjelmalah

Aku tak biasa
Untuk kenangi masa tika kita bersama
Peritnya rasa hati tiada yang mengerti
Tetaplah di sini teruskan menanti

Aku tak biasa
Untuk kenangi masa tika kita bersama
Peritnya rasa hati tiada yang mengerti
Tetaplah di sini teruskan menanti
Tetaplah di sini.

Friday, March 13, 2015

Silence is Golden


(Pra : Dua tiga hari tidak melayan sgt sematpon, sejak akhir ini kesibukkan dan kepenatan selain sibuk jugak membaca dan menulis, ditambah lagi batuk yang tidak hilang tetapi agak berkurang sejak dua hari ini, mungkin faktor cuaca panas yang melanda negara salah satu sebab PS batuk. Alhamdulillah PS dapat jugak perlahan-lahan menyiapkan kerja rumah dan sebagainya.)

Ok, PS nak kongsikan di sini tentang suatu ayat yang Allah Taala berfirman dalam Al- Quran iaitu dalam Surah Al Baqarah ayat 2:155



“Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar.” – [Al-Baqarah 2:155]

PS dapati ketika membaca Tafsir Al Quran Pimpinan Ar-Rahman di mana ia cukup mengubat hati kita yang diuji.  Tak dapat disangkal kadangkala tahap kesabaran kita kadangkala dicuit atau dibakar namun kita harus bertenang dan cubalah bersikap profesional dengan masalah yang mendatang. Cuba tidak bertindak dengan sikap yang akan menjurus kepada kesan dan akibat yang akan berbalik kepada diri kita semula. Ayat tersebut juga menyatakan akan kegembiraan bagi orang-orang yang sabar. Nah! Bersabar lah duhai hati..


PS masih ingat lagi ada seseorang yang selalu pesan PS, selalu tegur masa tuh PS suka marah “kalau satu hari tak marah boleh tak?”. Lepas tuh PS kan sambung marah kat dia pulak.. Tadah telingalah dia! Hahahah. Suatu pesan yang PS pegang sampai kini “Kalau org tak mulakan serang (perang) jangan mulakan serangan”. Yup! Betul ke idak?! (jangan marah naa… )

Jangan mudah kalah dengan ujian, sekiranya kita berada di tempat yang benar, Allah senantiasa berada bersama kita. InsyaAllah. Perbaiki apa yang orang duk cerita pasai kita jika itu lebih menambahbaik tentang peribadi kita. Bila lagi depa nak bagi pahala kat kita betoi idak? Mulut tempayan boleh tutup namun mulut orang mana boleh tutup melainkan kita kena berubah dan berbalas kejahatan mereka dengan kebaikan yang mana Allah suruh. Memang tak aci kan? Tetapi itulah kunci kebahagiaan dan biarlah Allah yang Maha Membalasnya.

Doa pada Allah supaya diberi ketenangan dan jalan keluar akan masalah kita. Bertenang dan cuba melupakan seketika dengan melakukan perkara-perkara yang menggembirakan hati kita lebih baik. Contohnya membaca, makan-makan jumpa dengan kawan-kawan, borak dengan mak ayah kita ke kan.. apa-apa saja aktiviti yang baik yang serba sedikit boleh mengurangkan stress kita.

Bila diuji… Bersabarlah… dan Senyumlah….


(Penutup: Dah ada speaker kat pc ni boleh lah dgr radio secara online. Awal pagi dgr Ikim.fm lps tuh layan best104. Dua channel kegemaran PS. Bolehlah sambil buek kojo donga. Youtube pon sonang senantiaso ado kek pc. Bilo-bilo maso eh leh layan, cumo den tak suko layan time kojo. Kalau time rehat takpo. Youtube pasal hiking menjadi faberet den. Ngehhh!)



Monday, March 9, 2015

aku masih setia






Entah mengapa Roza tidak dapat melelapkan mata malam tadi, jiwanya terusik dan sepanjang tengah malam dia termenung di kamar. Dentuman petir di sulami kilat yang mulai memancar di jendela biliknya tidak dihiraukan sedangkan itulah yang dia takutkan sejak kecil yang mana pasti dia akan berlari menuju ke kamar emak dan abahnya setiap kali hujan kilat petir. Jiwanya cukup terusik!

“Kenapa sejak kebelakangan ini beberapa ahli kumpulannya itu seolah-olah mengasingkan dirinya, jika ada apa-apa aktiviti jika namanya disertakan akan tiadalah hebat mana penyertaan dari kumpulannya?”. Roza bermonolog sendirian sambil memandang syiling kamarnya. Mengikut putaran kipas syilingnya yang berpusing sederhana.

Roza cuba mengalihkan badannya agar cepat dia melelapkan mata, namun itu tidak dapat membantunya. Menyambung lagi setiap pertanyaan di benak fikirannya.“Mungkin aku tidak di terima seperti dulu?”. Minat Roza dalam aktiviti bersama kumpulannya membuatkan dia jatuh cinta dengan bidang yang baru dia minat dalam setahun yang lepas. Menyertai dan mengenal kumpulannya itu membuatkan dia rasa bertambah kenalan dan pengalaman bersama mereka. Kegembiraan ketika bersama membuatkan serba sedikit jiwa Roza rasa terubat dengan apa yang dia laluinya sebelum itu. Cukup Roza sedar terbinanya kumpulan mereka umpama mendapat hadiah dari Allah yang amat besar kepada dirinya. Begitu utuh Roza menyayangi kumpulannya.

Namun tidak kini, terasa hambar sekalipun ada aktiviti yang dibuat didalam kumpulannya dia merasakan kekurangan dan kekurangan itu beberapa kali ia rasakan, maka itulah yang membuatkan ia terusik hingga menganggu lenanya.

“Hah, mungkin aku sahaja yang berfikiran begini, sdgkan mereka ok saja”, Roza cuba memujuk hatinya dengan berfikiran positif kepada kumpulannya. Bagi Roza perubahan yang dia mula rasai ketika 3-4 bulan kebelakangan ini. “Sekalipun mgkin ada kesalahan yang aku buat, jgnlah sampai melayan aku begitu” Roza bermonolog lagi seolah-olah menunjukkan ketidakpuasan menzahirkan duka di jiwanya.

Roza melihat jam sudah hampir pukul 1 pagi, mata tidak menunjukkan mahu lelap,  tiba-tiba dia teringat tentang novel “ Kandil Di Kaki Gunung” yang baru dibelinya di Ekspo Buku Islam yang baru dibacanya siang tadi, tetapi hatinya tidak mahu pula melayan buku tersebut pada ketika itu yang mana ia merasakan kehebatan penulis buku tersebut mengarang novel travelognya sendiri. “Suatu hari nanti aku jugak dapat menulis cerita tentang travelog aku sendiri walaupun hanya dikongsi di dalam blog aku saja, moga dapat memberi pengajaran dan inspirasi kepada pembaca blog walaupun aku sudah tiada di dunia nanti”. Roza mula mengumpul azam dalam kepekatan malam!.

Roza mengiring ke kanan sambil memeluk bantal agar cepat lena, namun tak juga dapat melelapkan mata, “adakah kerana hari ini merupakan ulangtahun kumpulannya bersama membuatkan makin perasaan merasa hiba?”. Roza membaca fikirannya sejenak. “Aku kena gembira dan kuat melaluinya sekalipun aku tidak diterima mana oleh beberapa ahli dalam kumpulan aku”.  Roza cuba memujuk lagi hatinya. Gembirakan hati sendiri yang tidak pernah dia ceritakan akan kedukaan hatinya selama ini. “Mungkin aku yang salah, namun aku jugak berhak dimaafkan walaupun aku telah memaafkan kesilapan mereka padaku, dan siapakah aku untuk menghukum mereka melainkan yang layak Rabbul Izzati?”.Roza bermonolog merasakan kekerdilan dirinya.

Lalu dia berdoa di dalam hatinya “ Ya Allah, aku tahu dunia tidak pernah adil kepadaku, namun aku tetap cuba menempuhinya atas pemberian dan kekuatan kasih sayangMu kepadaku. Aku telah memaafkan kesalahan yang mereka terhadapku, namun aku jugak tidaklah sesempurna mana yang juga tidak lari dari melakukan kesalahan, maka Kau ampunkanlah aku, ampunkanlah mereka juga Ya Rabb. Binalah semula hubungan kami seperti dulu yang penuh kegermbiraan tanpa ada secubit dendam atau perasaan dengki sesama kami. Bahagiakanlah kami, kuatkan ukhwah kami dalam menuju jalanMu, masukkanlah kami semua ke syurgaMu dan bersama Rasulullah s.a.w. Amin ya rabbal alamin.”

Roza mengaup kedua tangannya ke wajahnya, entah mengapa ia teringat akan arwah abahnya. Teringat akan pesan dan nasihat arwah abahnya “ jangan buat jahat kat org, bertimbangrasa dengan org lain”. Kata-kata nasihat itu umpama berbisik semula di telinganya. Lalu airmata tak putus mengalir laju tatkala rindu melanda pada arwah abahnya.. “Abah, adik rindu abah.. Adik dah takde kawan lagi abah.. dan sebuah bacaan Al- Fatihah dihadiahkan kepada arwah abahnya di keheningan pagi yang mulai sejuk membeku. Kedengaran hujan masih lebat diluar. Lalu dia cuba menutup mata perlahan-lahan bersama perasaan hatinya sehinggakan tanpa ia menyedari entah bila dia terlelap bersama airmata kerinduannya itu!.

  



Friday, March 6, 2015

good advice






"Forget whatever good we have done for anyone.  Only remember the bad we have done. Forget the bad that people have done upon us. Only remember the good."

Memang susah. Sebab rasa macam tak aci kan? Tapi itulah kunci bahagia. Allah akan balas setimpal. InsyaAllah. 


Penutup : Minggu ni tak balik kampung. Program nak pegi serbis kereta dan mencari barang hiking sikit. Saja nk mula guna brg sendiri. Senang nanti tak guna partner hiking punye. Anyway, selamat bercuti dan berhujung minggu. Ingat Allah selalu... :)

Tuesday, March 3, 2015

nota smlm & harini



(Remember how to put back the light in my eyes)



Nota semalam.

Semalam lambat benau tidur, selain melayan perut lapau sambil bermalas-malasan di ruang tamu. Air dah siap masak, ingat nk gorenglah mee siput rangup atau megi, tapi kalau dh mood malas mmg tak dapat nk komen. Hahahah. Lalu jari ini membuka hp utk membalas msg2 wasap yang minggu lps PS dpt ketika pergi bercuti. Memfokuskan perkara yang lebih penting dari yang kurang pentingnya lebih menjadikan PS lebih pandai menguruskan sesuatu perkara dan tujuan serta dapat mendidik diri PS agar tidak lebih melayan app di dalam sematpon yang lebih membuang masa PS yg mana ia boleh digantikan dengan menguruskan perkara-perkara yang diluar dari app hp.

Sebagai contohnya bertemu kawan-kawan, membuat aktiviti yang tanpa menggunakan sematpon cukup PS rasa seperti masa dipenuhi dengan baik. PS cukup jelas pada mulanya meninggalkan tabiat rutin mmglah ada susahnya tapi akhirnya kita terbiasa dengan perkara tersebut apabila kita mencari perkara lain yang perlu kita buat. Percayalah… Hihihihi.  

Jangan pula salah sangka akan maksud PS bukan bermakna menafikan kepentingan hp tetapi meletakkan kepentingan yang lebih utama agar ia lebih mencapai maksud dan jugak tidak menyakiti perasaan org lain. Pernah suatu ketika PS pernah keluar makan dgn kawan melihat senario di sebelah kiri meja kami, 2 orang sdg melayan hp tanpa berkomunikasi sesama mereka. Manakala di sebelah kanan kami sebuah keluarga yang baru sampai ketika itu anak-anak, ibu, bapa mrk sibuk melayan gadjet sahaja. Adakah zaman kini institusi kekeluargaan lebih kepada melayan gadjet tanpa komunikasi sesama ahli keluarga? Mungkin anda juga pernah melihat senario sebegini kan?

Teringat pulak ketika PS bercuti hari tu, seorang ibu menegur PS di mana beliau menyedari PS tidak memegang hp di tangan atau ertikata lain tidak melayan hp. PS menerangkan PS lebih suka tidak membuat urusan di hp ketika sdg bercuti atau ketika meluangkan masa dengan keluarga atau perkara penting yg sdg PS lakukan. Lalu ibu tersebut berkata sambil tersenyum “terima kasih PS kerana meluangkan sepenuh masa dgn makcik”. PS hanya tersenyum sambil melihat wajah dan kegembiraan yang terpancar di kelopak matanya. Cukuplah aku melihat ia tersenyum.. :')

Nota harini.
Ptg ni ada tetamu nk mai umah tido smlm sbb beliau ada meeting di sini esok. Kek coklat moist sedia dibeli utk dihidangkan utk minum ptg nnt. Malam nnt bawa beliau mkn malam kat area sini jg. Esok lps PS punch hantar sat ke tmpt meetingnya. Dah masuk 2 kali beliau dtg. Seronok katanya bmlm kt umah PS. Yeke? Hehehe. Siap masuk dalam instagram bagai dan tag kat PS punyer instagram. Terimakasih sbb sudi dtg ya! Ngee!


(Penutup : PS tak leh lupa ketika bercuti tempoh hari di awal pagi dalam lingkungan jam pkl 6.15 pagi akan ditolak pintu dan diselak langsir kamar "Assalamualaikum tuan puteri dah bangun?". PS menjawab, " dah bangun makcik". Dan ketika ini kerinduan itu melanda jiwa!)